Pages

Tuesday, September 23, 2014

Feeding Your Baby Well

Ayra dah pun 5 bulan, maknanya bulan depan dia dah boleh start solid food. Aku siap2 beli buku resepi kat Fabulous Mom supaya tau apa yg dia patut makan.

Aku pernah baca baby boleh start solid as early as 4 months. Tapi aku tak imply sebab aku lebih percaya nak start solid bila Ayra 6 months. Lagi pun bagi aku terlalu awal utk mula pada 4 bulan. Biarlah bagi sistem usus dan pencernaan dia betul2 matang.

Ok, nak dijadikan cerita, aku pissed off pada 2 orang yg sesuka hati menyuap makanan kat mulut Ayra. Kes #1: berlaku semasa jamuan hari raya hospital Shafiq kerja. Ada staf dia yg willingly nak dukung Ayra dan membenarkan mak pak Ayra makan dengan tenang. Tapi aku still tak tenang, mata melilau tengok anak sebab staf2 Shafiq sibuk nak dukun2 Ayra. Tiba2 aku nampak jari seorang makcik ni masukkan something dlm mulut Ayra dan Ayra pun kunyah2. I was like, "Yanggggg cepat tengok ape Kak ***** tu bagi Ayra!!". Yang aku marah tu makcik tu berdolak-dalih dan tak ngaku silap. Rupanya2 dia feed Ayra dgn nasi kecik2 dari nasi impit. Pantang aku orang sesuka hati feed anak aku without my permission. Rasa nak mengamuk pun ada. Taubat aku lepas ni tak nak dah bg akak tu dukung Ayra.

Kes #2: Ayra's babysitter. Dia umur mak aku. Aku hormat dia. Sebab dia pandai jaga Ayra. Cumanya aku terkilan dia dah 'celet' sikit puding kastard punya susu tu kat mulut Ayra. Yg ni dia inform aku, so aku kurang sikit marah. Tapi alhamdulillah Ayra 'wekkk' kan balik, maybe rasa dia pelik. Good job honey! Please reject makanan2 pelik ni melainkan susu mummy sahaja! The next day aku cakap elok2 yg aku strictly prohibit apa2 makanan sehingga Ayra 6 bulan. Dan bukan semua makanan boleh sumbat kat mulut Ayra.

Lepas ni mummy Ayra haruslah rajin buat puree dan porridge. Cuma nak kena beli hand blender utk senangkan kerja. Bekas puree pun aku dah beli siap2. Semangat kau!

Aku saje tengok apa respon dia. Ayra dah pandai identify makanan and toys.

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com