Pages

Monday, September 29, 2014

Her Mumbling Words




Ayra's first mumbling words:

At-tee-tah
Tee-tahh
Tich-tich
Ay-yair
Ab-baa
Ad-dey-dey


Age: 5.5 months
Current weight: 6.7 kg
Diet: Mummy's milk
Current abilities: Can hum before sleep time and whilst playtime (sort of singing), flip from back to front


GOOD JOB SWEETHEART!

Sunday, September 28, 2014

Milk Booster

Aku masih tercari2 ilmu breastfeeding ni. Kalaulah ada diploma course 6 bulan memang aku dah enroll dah. Syukur masih menyusukan Ayra secara exclusive. Banyak naaa iklan utk tambah susu la. Shaklee, Mom's Coklat Penggalak Susu, Lacto Mom. U name it.

Tapi bagi aku any milk booster yg dalam bentuk supplement ni tak menbantu aku. U know bab2 disiplin makan supplement ni ramai yg masih kurang berjaya. Aku admit, aku ada beli Shaklee ESP tu. Aku minum buat breakfast masa dalam pantang. Campur susu strawberi/milo. Sedaplah jugak. Tapi sejak akhir2 ni, dah malas minum ESP tu. Lepas tu mak aku akan update selalu, "ESP tu minum tak?"  

Bila aku dah baca buku Panduan Penyusuan Ibu, tips nak bagi susu meriah bukan susah sgt pun. Kenalah konsisten dan rajin mengepam. Atleast 3-4 jam sekali. Ha, macam konsep demand and supply. Aku ni nak dapat 3 jam sekali susah sikit, sebab kadang2 meeting terpaksa menahan jap. Bila kita dah selalu pam ikut time, our boobies akan secara automatiknya generate susu balik and refill semula la. Pernah jugak aku asyik mengadap komputer, tiba2 rasa bra basah. OMG! OMG! Cepat2 aku kasi pam. 

Aku ikut cara aku. Cara mudah. Bila aku makan nasi, minum air masak banyak, maka meriahlah susu. Cuma ada hari2 tertentu aku request Shafiq belikan soya milk fresh. Aku tak suka soya kotak sebab ada preservatives. Cuma sekarang ni aku observe Ayra kurang sikit nenen sebab dia asyik nak main je. Memang macam tu ke? She's now 5.5 months with current weight of 6.7kg. Ok je kan?

Thursday, September 25, 2014

Tabiat Buruk

Pagi ni rasa tak sihat lak. Hidung dah berair sejak 2 hari lepas. Agaknya aku berjangkit dgn Ayra. Takpelah, asalkan Ayra dah recover. Mungkin khasiat susu ibu bantu cepat pulihkan demam dia. Alhamdulillah. Semalam mula bersin2 waktu malam, tambahan pulak petang2 hujan lebat. Bagi naik mood sikit, mari menulis entri. Hari ni nak cerita pasal tabiat buruk. Aku ada. Banyak betul.

1) Suka shop online
Ini macam contagious. Gila aku ni. Selagi ada internet access kat office, selagi tu tangan rajin benor bukak website tudung, barang2 baby, nursing dress/jubah. Haihhhh. Macam mana nak stop addiction ni? Asal balik dari office, bawak parcel poslaju, sure Shafiq tanya, "Ni bila masa pulak beli?", "Mummy ni suka sgt beli online!". Itu dinamakan terapi. Aku suka pergi website One Baby World, Fabulous Mom, Poplook, Sugarscarf, Radiusite, Zawara, Cala Qisya, Bella Ammara dan lain2. Banyak nak listdown. Bila shop online utk anak, dalam otak cakap, "Ah takpelah, untuk Ayra jugak."

2) Tak suka (malas) lipat & iron baju
Aku rasa ramai jugak kot yg macam aku. Bab2 basuh baju, jemur, angkat aku suka. Tapi bab lipat, iron, aku lemau. Sanggup longgok dalam bakul besar letak baju, dengan alasan tunggu weekend nak lipat baju secara maraton dgn Shafiq. Aku siap cakap kalau boleh nak upah orang lipat baju, sehelai 10sen.

Iron baju pun sangat lemau. Aku akan iron baju malam/pagi sebelum kerja. Bukan macam sesetengah orang yg iron baju utk 5 hari kerja. Pemalas betul aku. Nasib baik Shafiq ok je utk iron baju kerja dia sendiri. Dia kesian kat aku sejak aku pregnant lagi. Tapi baju dia yg lain, akulah yg iron. 

3) Tarik seat belt bila driver lain bagi lampu tinggi
Aku rasa tabiat 'Tarik seat belt bila driver lain bagi lampu tinggi' ni berlaku kat ramai orang jugak. Aku kalau jalan dekat2 memang tak pakai seat belt, senang Ayra nak nenen. Lepas tu bila in coming cars bagi lampu tinggi, kelam kabut tarik seat belt, sebab bajet depan sure ada roadblock. 


Eh, lately teringin Nescafe yg ada foam. Ini pelik. Sebab aku orang teh. Bukan kopi. 


Ini bukan hasil online shopping.
Tapi kirim makcik aku beli kat NZ masa warehouse sale.
Lebih jimat $$$.


Wednesday, September 24, 2014

Water Baby vs Gloomy Baby

Water baby: Kemain suka swimming si apam ni

Gloomy baby: Selang 2 hari, Ayra apam selesema. Alahai anak mummy.

Of A Working Mummy

I am a working mummy with a baby that is being fully breastfed. It is really challenging when I have to work out of the town. Last week Shafiq had volunteered to accompany me and babysit our baby in the hotel. I was attending a scientific writing course at my head office somewhere in Bangi. I skipped my teatime, free lunch and have to sneak out for pumping sessions. Or my boobies will leak. 

After dinner we had to find some ice cubes to keep the milk and ice packs chilled. As we have to travel back home after 3 days. The mini bar didn't help me to freeze the ice packs. It was really tedious. I prefer weekends or staying at home so that Ayra can directly latch on. Less pumping sessions. 

At the office, I have 2-3 times of pumping sessions just at my convenience. I even told my staffs about my pumping time so that they know that their boss is around. Muahaha. You know some people would have this kind of thought, "Eh mana dia pergi ni? Takde pun kat bilik? Mengular keeee?". Banyaklah mengular! Aku pam susu nak bagi anaklah! 

How you manage your pumping session and how your colleagues react about breastfeeding journey? Most of my colleague support breastfeeding. As for me breastfeeding needs a lot of knowledge, patience, sacrifice. But it is worth the effort. Oh nantilah aku tulis review pasal breastpump yg aku guna.

Sambil pam sambil membaca/tidur/whatsapping




Tuesday, September 23, 2014

Feeding Your Baby Well

Ayra dah pun 5 bulan, maknanya bulan depan dia dah boleh start solid food. Aku siap2 beli buku resepi kat Fabulous Mom supaya tau apa yg dia patut makan.

Aku pernah baca baby boleh start solid as early as 4 months. Tapi aku tak imply sebab aku lebih percaya nak start solid bila Ayra 6 months. Lagi pun bagi aku terlalu awal utk mula pada 4 bulan. Biarlah bagi sistem usus dan pencernaan dia betul2 matang.

Ok, nak dijadikan cerita, aku pissed off pada 2 orang yg sesuka hati menyuap makanan kat mulut Ayra. Kes #1: berlaku semasa jamuan hari raya hospital Shafiq kerja. Ada staf dia yg willingly nak dukung Ayra dan membenarkan mak pak Ayra makan dengan tenang. Tapi aku still tak tenang, mata melilau tengok anak sebab staf2 Shafiq sibuk nak dukun2 Ayra. Tiba2 aku nampak jari seorang makcik ni masukkan something dlm mulut Ayra dan Ayra pun kunyah2. I was like, "Yanggggg cepat tengok ape Kak ***** tu bagi Ayra!!". Yang aku marah tu makcik tu berdolak-dalih dan tak ngaku silap. Rupanya2 dia feed Ayra dgn nasi kecik2 dari nasi impit. Pantang aku orang sesuka hati feed anak aku without my permission. Rasa nak mengamuk pun ada. Taubat aku lepas ni tak nak dah bg akak tu dukung Ayra.

Kes #2: Ayra's babysitter. Dia umur mak aku. Aku hormat dia. Sebab dia pandai jaga Ayra. Cumanya aku terkilan dia dah 'celet' sikit puding kastard punya susu tu kat mulut Ayra. Yg ni dia inform aku, so aku kurang sikit marah. Tapi alhamdulillah Ayra 'wekkk' kan balik, maybe rasa dia pelik. Good job honey! Please reject makanan2 pelik ni melainkan susu mummy sahaja! The next day aku cakap elok2 yg aku strictly prohibit apa2 makanan sehingga Ayra 6 bulan. Dan bukan semua makanan boleh sumbat kat mulut Ayra.

Lepas ni mummy Ayra haruslah rajin buat puree dan porridge. Cuma nak kena beli hand blender utk senangkan kerja. Bekas puree pun aku dah beli siap2. Semangat kau!

Aku saje tengok apa respon dia. Ayra dah pandai identify makanan and toys.

Wednesday, September 10, 2014

Ayra's Milestone

1 month

2 months

3 months

Achievement Unlocked

NIP (nursing in public). Dulu masa belom ada anak, tengok ibu2 nurse anak in public, i was like "My oh my, macam mana dia buat tu? Tak nampak boobies ke?"

Alhamdulillah, i manage to breastfeed Ayra in public discretely without a nursing cover. Bunyi macam hebat. Thanks a lottttt to my nursing tops yg sangat banyak available online. Oh, itulah tujuan shop online. Alasan kat suami, "Beli baju nyusulah babahhhh." Senang sangat ada nursing top ni. Tak payah selak baju nampak perut yg belom kempis lagi tu. Just selak sikit kat area boobs and terus bagi anak nenen. Sambil jalan2 & shopping pun boleh nenen without a fuss!

Lepas tu achievement lagi 1, aku berjaya tukar diaper Ayra anywhere masa pergi jalan2. Dalam kereta tu dah selalu sangat, sebab habit si Ayra ni asal jalan naik kereta dia paling suka, nenen dalam aircond, tidur atas lap aku dan yakkkk. Maka mummy & babah dah makin expert bab2 tukar diaper dlm kereta. Hihi. 

Oh, my Jumpsac ring sling dah sampai, lepas ni harus praktis nursing dalam ring sling pulak. Tu lg discrete sebab tak perasan langsung baby tengah nenen dalam tu. Wahai ibu2, saya syorkan babywearing & sangat recommend.

Kalau ikut pengalaman aku, aku tak terus beli any baby carrier sehingga aku mencuba ring sling and wrap utk Ayra since dia 2 bulan. Bagi aku, ring sling senang sebab on the go compared with wrap yg aku rasa agak leceh sikit sebab kena angkut kain tebal2 and proses melilit tu macam susah sikit. Tengok mommies yg terer & hard core pakai wrap ni buat aku respek kat diorang. 

Aku mula dengan ring sling yg aku rent dari Selat Tebrau Babywearers (STB) dengan hanya RM15/2 weeks. Siap pinjam sampai 2 bulan tu. Sebab aku dah mula jatuh cinta dgn ring sling. Husband pun dah mula bagi galakan sebab dia nampak benefit of babywearing di situ. Lepas tu lagi la dia galakkan aku beli sendiri ring sling. Fuhh, bila dah pegang ring sling sendiri, rasa syok gila. Haha. Sebab aku rasa aku macam dah obses dgn babywearing. Ibu2, please aware yg crotch carrier adalah tidak baik utk bayi anda. Sila buat research & google kenapa tak sihat ye. Dan penting utk tidak membuat forward facing utk bayi. Boleh tengok kat bawah ni;






Carrier yg bawah ni adalah yg recommended dan selamat dari aspek posisi kaki bayi yg lebih relaks;

Ring sling Pandora Series. From Jumpsac Baby.

Ni pun Pandora. Tapi semua sold out. T_T

Ni yg aku beli akhirnya

Eyeing on this Boba 4g

Nak nangis sebab lawaaa. From neezaneedles.

Ni pun comel sangat. From Snuggbaby.

 

Template by BloggerCandy.com