"Rumah tunggang-langgang, tapi kami bahagia". Haha. Itu tagline utk aku yg dah 6 bulan jadi mak. Secara personalnya, bila jadi ibu workload bertambah secara 3x ganda. Rutin aku sebagai mak pun berlaku ketika aku berada di pejabat. Iaitu mengepam susu. Susu mesti kena pam sekurang2nya 3 sesi dalam masa 8pg hingga 5 petang. Yang membimbangkan aku ialah meeting dgn bos yg berjam2 sehingga membuatkan boobies aku rasa penuh macam nak explode. Dan perasaan aku ketika itu ialah nak cepat2 balik bilik dan mengepam. Perasaan lega yg amat bila susu dah dikeluarkan.
Kemudian apabila lunch break, aku akan lunch dgn Shafiq di kedai, baru balik rumah nap dan solat zohor. Aku pulak curi2 masa basuh baju & jemur. Kadang2 masuk balik ofis terlewat sikit. Selalunya aku akan solat asar siap2 kat ofis sebab balik kerja aku terus fetch Ayra dan singgah jap beli pisang goreng and such untuk minum petang Shafiq. So,bila balik rumah, terus masukkan EBM dlm peti ais, kemas beg Ayra untuk esok dan buat air utk minum petang. Fuhhh masa ni baru dapat bergelak2 dgn Ayra.
Tapi kan, habit aku korang tau kan, malas lipat kain. Akibatnya, basket aku pun menggunung kalah Gunung Kinabalu. Huu, itulah yg aku maksudkan tunggang-langgang. Yang jadi kepelikan ialah aku basuh baju every other day, tapi baju dalam bakul kotor macam makin banyak pulak. Shafiq pun rasa macam tu. Misteri sungguh!
Apa2 pun aku nak kena ajak Shafiq marathon melipat baju weekend ni. Haha. Tapi si Ayra my little helper yg 'rajin' mengemas. Siaplah kalau nampak suratkhabar or tisu habis dikerjakan dia. Anak aku ni aku punyalah belikan banyak toys tapi yg dia suka main ialah kertas, botol dan plastik. Pendek kata barang2 yg recyclable ni jadi favorite Ayra. =.="
Bila malam je kitorang akan gilir2 solat utk jaga Ayra sebab dia sekarang makin lasak. Sejak dah pandai roll over dan mengensot, kepungan atau benteng terpaksa diperhebat. Haha. Ayat BM aku tak boleh blah. Bantal kepung katil kena letak tinggi2. Lagi 1, mood Ayra ni cepat berubah 360 deg. Bila nak main gelak2 gurau2 Babah can handle, tapi bila dah ngantuk dan nak susu terus Mummy yg handle. Ayra bila ngantuk, nak direct feeding sambil baring kat katil. Banyak kali jugak aku pun tertidur sama. Sedar2 dah kul 2 pagi, terus aku bangun untuk solat Isyak dan kemas2 sikit.
Oh, lupa nak cerita yg Ayra dah start solid. Current weight is 7.2kg at 6.5 months old. Hobi: koyak kertas, main ketuk2 botol kosong dan mengempeng sampai tertidur.
Tenangnya tengok anak tidur. Thank u Allah for this precious gift. |
huhuuu adat la orang ada anak kecik kannn..sama la kita..myself ada sorg lg toddler tukang "kemas"
ReplyDeleteJemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..