Alhamdulillah, today is Friday. Siapa tak happy berseri2 di waktu pagi di ofis setiap pagi Jumaat? Aku nak kongsi sikit pasal didikan di alam rahim ni. Siapa tak nak anak yg cerdik & sihat kan.. Dari awal lagi semasa dalam kandungan pun dah banyak homework yg si ibu kena buat.
1) makan makanan sunnah/makanan yg Rasulullah gemar- susu kambing, kurma, madu, delima, kismis, kekacang
2) ambil nutrisi yg cukup- sila rujuk physician anda sebab nutrisi ibu2 mengandung ni tak sama
3) dekatkan diri kepada Allah- jaga solat, tambah dengan solat sunat, baca al-quran, dengar ayat2 suci al-quran (yang ni aku pun masih tak betul lagi. semoga Allah bukakan jalan utk aku)
4) elakkan pergi di tempat2 yang bising (konsert/pusat kareoke/panggung wayang/pesta2 hiburan spt jom heboh, astro planet gempak)
5) jaga percakapan, penglihatan & perbuatan (aku kalau driving sebelum ni memang suka menyumpah2. siapa yg tak sakit hati dgn attitude malaysian drivers? tapi sekarang bila nak marah je, terus istighfar sambil usap2 perut cakap,"Sorry baby, mummy tak nak buat dah. Baby jangan ikut macam tu ok.")
6) dapatkan rehat yang cukup (yg ni aku rasa mcm dah lebih pulak sebab aku ni dari zaman anak dara lagi memang pantang takde apa nak buat, berkeroh aku kat atas katil. buruk betul perangai kan..)
7) amalkan gaya hidup sihat & menjadi rajin (tak boleh bagi alasan, aku pregnant, tak boleh buat kerja rumahlah..mak aku selalu cakap, "Kalau tak rajin2, asyik baring je, baby boleh jadi besar.")
8) sentiasa keluarkan aura2 positif (bergaul dengan orang2 baik, jangan stres dan pakailah cantik2 & wangi ke tempat kerja/semasa keluar sebab ia akan mempengaruhi positive vibe tau)
No comments:
Post a Comment