Hai, nama saya Ayra. Kadang2 mummy panggil saya 'Ra-Ra'.
Syukur, saya dah pun 14 bulan pada 1 Ramadhan lepas.
Saya sekarang tengah belajar nak makan suap sendiri, tapi kadang2 mummy bebel sebab saya buat sepah.
Tapi mummy tak kisah, sebab sekarang makan je, mesti kena alas supaya tak tumpah teruk.
Sekarang saya dah makin banyak cakap, kadang2 mummy & babah tak faham apa yg saya cuba cakap.
Diorang gelak2 cakap saya macam Minion! Saya tak kisah pun.
Ada certain words yg saya pandai cakap walaupun pelat sikit.
Contohnya, ABANG, KAKAK, ATOK, ADIK, BABY, BIRD, CAT, AIR, MAMAM, SUSU.
Oh ye, sekarang saya dah pandai joget, lompat, bagi flying kiss & salam orang.
Tapi bab makan saya ni susah sikit, kesian mummy kena fikir setiap hari mcm mana nak bg saya makan banyak.
Saya dah start minum Anmum 2 kali kat rumah Mak Zah setiap hari. Tapi bila balik rumah, saya suka mengempeng terus kat mummy. Sebab susu mummy lagi sedap dari Anmum.
Sayang mummy!
Ok bai.